Bila Doa Hendak Dikabulkan?

Assalamualaikum....

Tiap-tiap hari kalu pergi ke Kafe kat ofis..selalu tgk dan belek majalah...selalunya akan beli Majalah Wanita, Pa&Ma, Al-Islam..dan byk lagi lagi kalu dah berkenan kat hati tu x kisah la majalah tu harga brapa pun tp padahal bacanya mcm org belek-belek tgk gambar jer..hehhehe...beli pun kadang-kadang bagi kawan ofis baca..time xda kerja boleh la layan majalah...hehehe...

So n3 kali ni umie nak kongsi pasal artikel di Malajah Solusi..kalu yang xtau lagi Majalah Solusi ni apa...try la sekali sekala beli dari beli majalah hiburan stp bulan..beli gak la majalah ni..kdg2 soal jawab tentang agama pun ada gak...

So...kat sini umie nak kongsikan petikan dalam Artikel di Majalah Solusi di m/s 35 bertajuk:



DOA Jangan Minta Disegerakan




Dalam satu kulia yang disampaikan, penulis pernah ditanya:

"Ustaz, mengapakah doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan kepada hamba-Nya bahawa setiap doa yang dibisikkan pasti akan diperkenankan. Bukankah Allah menegaskan bahawa Dia tidak akan menyalahi janji-Nya"



Tanya mereka lagi: " Saya dah kahwin hampir 15 tahun dan tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. Sampai Sekarang Allah belum kabulkan doa saya!"



Benar bukan? Barangkali inilah yang sering bermain dalam fikiran kita apabila mengalami situasi sebegini. Syaitan pasti menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap putus asa. Sedangkan putus asa itu dilarang oleh Allah s.w.t
Bagi menjawab persoalan ini, ada baiknya penulis menukilkan kata-kata Syeikh Ibn Athaillah seperti yang dinyatakan dalam al-Hikam:


Maksudnya: "Jangan berputus asa jika Allah s.w.t. melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dimakbulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu."

Oleh sebab itu, berdoa dan bersangka baiklah...Wallahu'alam....

Renung-renungkanlah...selamat beramal dan semoga doa kita akan diperkenankan oleh-Nya...amin....





1 Comments

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

  1. solusi best.
    aku selalu tumpang baca kat rumet aku.hehe!

    macam2 info ada..
    tp dia mcm mhl, so kena la share2. hee

    ReplyDelete
Previous Post Next Post