Selain dari kedai nasi briyani ni..ada lagi 1 tempat yang hubby umie selalu pegi..kedai makan Pokok Sena. Kedai ni memang berada di bawah pokok..pokok sena kot rasanya pokok tu..umie pun lupa pulak nak tanya tauke kedai tu..Hubby makan asam pedas ikan sembilang tp umie xmakan pun sb umie elergik la makan ikan tu..so umie makan je nasi lemak je..umie lupa lak nak ambik gambar ikan dan nasi tu..
Malam kelmarin umie, hubby, mak mertua dan adik ipar umie keluar la ke pasar malam..umie ingat nak cari buah delima tp xda..bukan rezeki umie rupanya...Balik dari pasar malam tu ktorg terus g makan kat Ahmas Seafod Restaurant (naper nama kedainya bukan Ahmad ek???) Kedai makan ni terletak Di Bukit Pasir, Batu Pahat. dah 2 kali umie makan kat sini tp service nyer...masyaAllah...lambat giler. nasib baik la time tengah tunggu makanan sampai tu ktorg makan la makanan yang di beli di pasar malam..Kenyang jugak..dia ambik masa 40 minit nak masak benda yang simple tu just nak makan..mee goreng kerang, teow sup, nasi goreng seafod dan bubur nasi..tp kesian tau..time ktorg tengah makan..bubur nasi mak mertua umie pulak dia kata dah habis.. apa punya kedai la..lain kali maklum la awal-awal..mana x tertungu je bubur tu...nasib baik la mak mertua umie ni penyabar..umie pun xnak la ambik gambar kedai tu..rasa menyampah la pulak..
Alhamdulillah..selamat gak sampai rumah..td mak mertua umie ada bagi pisang. dia kata soh buat goreng-goreng..maksudnya..buat la pisang goreng ke..tp pisangnya mentah lagi..xpela..tunggu pisang dah masak nanti umie gorengkan untuk abang ye..
Dalam minggu ni, ramai pulak org kawin kan..alhamdulillah bertambah la anak Nabi adam dan hawa..Selamat Pengantin baru umie dan hubby ucapkan buat Farid serta isteri di Parit Lahak, Zaki serta Effa, kak Riffa Zamrud serta suami, Wan serta Aida dan Wani serta abg man..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendakNya.... (sori kak riffa..xleh nak dtg sb ada kenduri kat Bt Pahat dan Putrajaya..)
Dah ramai yang mendirikan masjid..so di Putrajaya ni pulak dah ada 2 masjid yang dibina iaitu Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan..tp masjid ni x siap lagi sepenuhnya..gambar ni di ambil time nak pegi kenduri rumah Mak Marezan td then lalu la kat depan masjid ni...
Masjid Putra
Masjid Sultan Mizan
0 $type={blogger}:
Post a Comment
meh la kongsi pendapat korang kat sini...