♥Perutusan Raja Sehari♥

Bismillah...

Sapa nak kawin ni....?? alhamdulillah...before ni umie dah ada mention kawan umie bertunang kan..so..kepada sesiapa yang x ingat dan nak tau siapakah gerangan kawan umie tu..meh
klik sini ♥♥♥...

Petang semalam umie ada menerima sepucuk surat Perutusan Raja Sehari dari Sarawak...

so ni lah dia....







so ni la sampul kad tu...

temanya Gold...


Bakal pengantin ni namanya Serimah ( ala-ala nama pelakon dulu²) dan pasangannya Sarip

Serimah ni best friend umie sejak dari sekolah menengah di SMK Sg. Paoh, Sarikei sejak dari tingkatan 1 sehingga sekarang dan sampai bila-bila akan still jadi kawan...
Sarip ni pulak senior umie semasa poli dulu..tp umurnya muda setahun dari umie...dah lama gak la si Serimah dan Sarip ni berkawan sejak umie di politeknik lagi..perkenalan diaorg ni adalah melalui laman web chat..biasa la dulu² memang glamour ngan chatting ni..umie dulu pun hampir² nak kawin ngan member chat jugak..tp alhamdulillah..ada jodoh gak ngan mr. hubby...

Serimah ni seorg cikgu yang mengajar di SK Saai, Daro Mukah...dan Sarip ni pulak Inspektor Polis yang berkihdmat di Selangor... PJJ (Perkahwinan/Percintaan jarak Jauh) InsyaAllah..kedua-duanya akan diijab kabulkan pada 20 Mac 2010...dan acara reception di rumah perempuan pada 21 mac 2010 di Kampung Selalang, Sarikei dan di pihak lelaki pada 27 Mac 2010 di Betong, Sri Aman

Umie mendoakan semoga kalian berdoa bahagia hinga ke akhir hayat...di murahkan rezeki yang barakah...dikurniakan zuriat yang ramai....amin...
Share:

0 $type={blogger}:

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...