Setiap hari Sabtu.. akan keluar rumah.. keluar dari pagar rumah pun kira keluar dari rumah jugak kan..hihihi...
tapi hari ni ke Putrajaya ada tujuan.
1st nak hantar pass ofis pada member. Dia tertinggal pulak passnya dalam kereta masa keluar Jumaat tu. Keluar naik kereta umie berlima.. tapi baliknya berdua jer sebab member nak balik naik uber dan stay lagi duduk di Seoul Garden Cyberjaya.
2nd.. nak ambik anak saudara di Putrajaya Sentral. Balik intern dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang selama 6 minggu.. then esok nak balik ke Sarawak sambung cuti semester pulak 3 minggu sebelum balik semula ke UPSI lepas Raya Haji ni.
Itu jer tujuan keluar hari ni. Disebabkan dah sampai ke Putrajaya walaupun hari-hari keluar masuk Putrajaya, so terus bawakan anak saudara dan kawannya ke IOI Mall Putrajaya.
Hari ni sengaja nak lalu depan Original Cake.
Pernah suatu ketika yang Original Cake ni viral di Facebook dan hari ni baru nampak sendiri macam mana orang beratur nak beli Original Cake ni. Berselisih dengan orang ramai, masing-masing bawa Bekas Original Cake ni kat tangan.
Ingatkan yang beratur tu setakat tu jer.. kira ramai gak la tu kan...?
Sekali tengok ke depan sikit..rupanya ramai lagi yang tengah beratur. Tak kira lagi yang beratur macam S kat depan.. rupanya di belakang pun nak sampai ke depan kedai sebelah depan pulak dah. Orang nak lalu pun sampai mencelah kat tengah-tengah orang yang tengah beratur tu..hehhehe.
Korang dah try ker Original Cake ni? Ada yang kata okay dan ada yang kata so-so.. ada yang kata okla.. not bad. boleh makan ..tapi bukan nak selalu.
Umie kalau nak makan sesuatu kena tengok feedback customer yang pernah try.. kalau majoriti kata sedap, boleh repeat order tu.. memang umie akan try..hehhe
So korang yang pernah try tu cer abgi feedback kat komen... korang rasa sedap tak?