Kapal Terbang Crash di Sibu

 Assalamualaikum... selamat tengahari

Ingat lagi tak kejadian kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Sibu? Masa ni umie masih di Sarawak. Kejadian ni berlaku malam dan keesokan hari tu umie nak balik KL. Kejadian ni berlaku bulan 8 April 2017.

Malam tu memang hujan lebat di kampung.. 
umie berdoa hujan reda sebab esoknya umie nak balik ke KL.





Masa pagi on the way ke Airport Sibu tu dan dah nak sampai sibu, Umie baru terima email daripada MAS pasal pada hari tu semua penerbangan di batalkan. Begitu ramai sungguh orang di airport dan kaunter tiket MAS dan AirAsia pun penuh. Dari pagi umie di airport nak tukar tiket tapi pihak MAS tak tahu bila airport boleh beroperasi sepenuhnya. Pada masa tu anak saudara umie pun nak balik KL sebab nak balik ke UPSI dah memandangkan time tu cuti semester dah habis. Dah lama fikir jalannya.. umie survey tiket guna airport lain selain Airport Sibu. Then umie beli tiket dari Airport Tanjung Manis ke Kuching, Kuching ke KL. Umie habiskan RM500 jugak nak beli 2 tiket tu. Nasib abik pihak MAS nak refund balik duit tiket tu.





So bermula lah perjalanan keesokan harinya menaiki MAS Wing ke kuching. itu ambik masa 30 minit baru sampai berbanding kalau naik bas 4 - 5 jam baru akan sampai. Nasib abik penumpang tak ramai dan majoritinya semua nak ke Kuching kecuali umie dan anak saudara just transit di Kuching sebelum ke KL. Lama gak tak naik ni.. dulu masa belajar di Politekik Kuching, kalau cuaca tak mengizinkan nak naik bot ekspress..mak umie akan suruh naik ni jer..hehhee




 see.. itulah permandangan dari atas kapal MasWing.. view cantk..SubhanaAllah..merentas laut.. then kawasan hijau. Inilah yang seronoknya kalau naik flight.



 Sampai Kuching.. rehat jap then sambung perjalanan ke KL naik MAS jam 1.30 petang.. alhamdulillah.. selamat sampai KL.
Perjalanan yang sangat memenatkan. turun anik flight.



Sampai KL, 1 beg pulak tercicir.. orang lain dah beredar habis kat tempat nak ambik luggage tapi umie masih di situ tunggu beg naik. Alhamdulillah nasib baik beg tu ada.. aklau x menunggu la beg tu dari Sarawak.



Muka kami yang kepenatan tapi tetap senyum tunggu husband umie balik kerja untuk pick up di airport. lepas tu hantar pulak anak saudara umie ke KLIA2 naik bas ke UPSI.

Alhamdulillah.. semua dipermudahkan walaupun nak sampai ke KL tu banyak transport nak kena naik.

Syukur alhamdulillah.. turun naik flight hampir 100x termasuk balik kampung dan outstation, Allah masih melindungi...semoga dipermudahkan urusan selepas ini...aamiin..



Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

Previous Post Next Post