Assalamualaikum..
Boring pulak rasa malam ni.. dulu setiap malam memang kerjanya tengok cerita korea jer.
Tak pernah tak tengok.. tapi lately, rasa boring pulak. Dulu, ada jer drama baru keluar memang akan tengok walaupun memboringkan. Tapi sekarang tak semua darma korea baru umie tengok.
Sama gak time kat ofis.. kalau tengahari memang akan tengok drama korea tapi sejak kena tanggung kerja orang lain yang cuti bersalin, dah memikirkan kerja so tutup drama korea then sambung buat kerja.
Makan tenghari pulak.. dulu memang suka ke cafe ofis di tingkat 2 atau pun jalan sikit ke cafe blok sebelah tapi sekarang tengahari dah tak tau nak makan apa. Nak berjalan ke Alamanda Putrajaya pun malas..hihihi...Nak jalan kaki pun lebih kurang 15 minit. Kalau naik uber RM3, naik kereta sendiri lagi la lebih...minyak dan parkingnya lagi..hehehhe..So..duduk ofisla jawabnya. Hari Jumaat jer ada masa panjang nak keluar.
Tapi maybe next 2 week nak masuk kelas mengaji.. Husband pulak soh pergi berlajar mengaji then hujung minggu ni mungkin akan cari Muqaddam dulu. Mula dari baca Alif Ba Ta..Bukan setakat belajar membaca tapi lebih dari tu. Pengalaman senior yang lepas lebih kurang 2-3 tahun gak nak habiskan belajar Muqaddam tu. Nanti macam mana la umie lepas ni? hehehe..
Time boring korang biasa buat apa?
i missed you......mak.. Al - Fatihah...
0 $type={blogger}:
Post a Comment
meh la kongsi pendapat korang kat sini...