Assalamualaikum.. Salam Jumaat.
Tidak ada anak itu tidak berdosa tapi yang berdosanya kalau kita tidak didik amanah itu dengan betul.
Dalam ramai-ramai korang berkawan, ada sorang jer yang kawan korang yang dah kawin tapi belum ada anak. Then kawan datang ofis bawa anak yang baru lepas bersalin. Baby menangis time ko baru jer pegang dan bukan dukung lagi.. Kita tak tahu baby tu menangis tu sebab apa.. sebab sejuk ker? sebab haus nak menyusu ker? sebab nak cari maknya ker? tapi then ada sorang kawan ko ni cakap..
"dia xnak kat ko la baby tu menangis.."
lepas tu dia tarik baby tu menjauh dari ko nak pegang.
Ko rasa, apa perasaan ko time tu?
Bagi umie, kalau wanita yang dah kawin dan belum dikurniakan anak ni.. jiwa dia memang sensitif bab baby ni. Walaupun hanya nak bergurau tapi kalau ulang sampai 3 kali ko cakap baby tu menangis tak nak kat ko, ko rasa apa perasaan ko time tu? Dan ditambah lagi kawan ko sorang cakap..
"baby tu nak yang ada isi jer.."
serius.. umie memang terasa. Itulah, kadang-kadang kita bercakap ni tak kisah hati orang lain. Walaupun ko nampak jer orang tu relax jer tapi kita tak tahu pun perasaan dia macam mana.
Umie dengar pun rasa kena perah jer hati ni.
Orang yang tak ada anak ni tak sama seperti ko yang inginkan anak lelaki atau perempuan(sebab ko dah ada salah satu). Orang yang tak ada anak ni lagi sensitif perasaan nya.
Hari ni dengar 4 perkara yang sangat meremukkan hati umie.
Sebab nak tahan rasa marah, menangis jugak akhirnya.
Please la, jangan sesekali lukakan hati orang yang tak ada anak ni.
Dia pun manusia biasa jugak, ada hati dan perasaan.
Di ofis, ramai gak yang bergurau-gurau ..
"ko tak pandai buat kot?"...
"berguru la pada si anu tu, dia ramai anak"...
Akuuuu... hanya boleh senyum jer. Tapi jangan sampai aku jawab kalau macam ni, nanti tak pasal dengar tazkirah sampai tahun depan.
Apa yang ada di atas muka bumi ini adalah
hanya pinjaman sahaja. Anak itu adalah amanah dan tidak berdosa
sekiranya kita dah kawin tak ada anak. Tetapi manusia di muka bumi ini
menilai taraf perkahwinan itu bahagia atau tidak dengan mengira jumlah
berapa orang anak pasangan tersebut.
Orang
tiada anak ni berhak hidup bahagia seperti orang lain. Setiap apa yang
Allah swt berikan pada setiap orang tu adalah rezeki. Tak ada rezeki
anak, Allah gantikan dengan rezeki lain. Alhamdulillah, walaupun belum
dikurniakan rezeki anak, Allah berikan kelebihan untuk bantu ahli
keluarga umie. Mungkin ada sebab semua ini berlaku. Semasa mak umie
masih hidup, umie memang kerap kali berulang alik dari KL ke Sarawak dan
balik sorang-sorang. Time itulah umie berfikir, apa yang berlaku ni
semua atas izinNya. Kalau umie dikurniakan anak dalam keadaan mak umie
yang sering keluar masuk hospital, adakah umie akan kerap balik? Umie
bersyukur sangat dikurniakan suami yang sangat memahami...alhamdulillah.
Ya Allah jaik na mulutnya kak umie? terbayang mek muka kitak. kmk dah dekat 3 thn lom juak ada rezeki and alhamdulilah org opis kmk sikda mulut puaka gya. paling2 pun mun ada org mbak baby ke opis sidak doakan kmk cepat2 lekat. lom ada yg jaik gya. coba gak mek cabik mulut sorang2.
ReplyDeletekmk doakan kitak bahagia kak dikuatkan hati. kmk sgt paham apa kitak rasa kadang pernah juak org mdh gya tp bukan sitoklah. semoga kita bahagia dengan kehidupan walaupun belom dkurniakan anak. insyaAllah one day rezeki milik kita juak. dont give up! :D