Menu

Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic

Sunday, October 09, 2016

Mee Segera Samyang Korea

Entri sebelum ni pun cerita pasal makanan kan... then kali ni pun umie nak cerita pasal makanan gak..

Hari tu ternampak mee samyang ni.. memang tak da terniat nak beli pun.. entah macam mana husband umie ni nak try.. tak pernah-pernah umie tengok dia beli makanan pelik-pelik ni...


Pernah try makan mee ni... 
mee yang suatu ketika dulu pernah jadi bahan kontroversi gak ni..
di pasaraya dah melambak orang jual mee ni..

So malam tadi umie try la rendamkan mee ni dengan air panas..


masukkan perencahnya...

ada bijan, seaweed dan perencah...

memang pedas giler.. umie dapat 4 suap jer.. then minum air.. memang lagi makin pijar..
patutla ramai yang makan mee ni sediakan siap-siap air susu..

umie minum air masak jer k.. dah tak tahan.. letak gula atas lidah.. barulah lega sikit tp bibir pulak rasa pijar..

umie jenis tak makan pedas dan panas.. 
mungkin sebab mee ni tak panas masa makan, tu sebab boleh telan lagi tu..


Apa komen you all lepas makan mee ni?

Bagi umie, mee ni ok.. perencah pun ok tak pelik sangat rasanya..boleh makan lagi cuma yang tak tahan kepedasan tu.. umie tak sure la tahap tu dah sampai 10 ke tak tp bagi umie tu memang dah tahap 10 walaupun baru makan 4 suap jer pun...

kalau dah 4 suap pun dah macam tahap 10, agak-agak orang korea yang makan tu mesti bagi dia tahap 1 jer kot..orang korea kan suka makanan pedas..hehhee

boleh gitu?





No comments:

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...