Kembali kepadaNya..

Bismillah....

Sebelum umie memulakan n3 ni..umie ingin sedekahkan al-fatihah kepada
Sazilayati binti Ahamal...

pagi tadi umie dapat 1 fax dari ofis di Miri, Sarawak...actually..sekarang umie tengah uruskan mengenai kurus induksi khusus untuk ofis umie...dan fax tersebut telah menyatakan bahawa pegawai berkenaan telah kembali kerahmatullah...

umie rasa terkejut sgt dan x bercakap buat seketika..time tu umie call kerani di Miri dan tanya kenapa surat yang di faxkan tu x habis fax...so umie nak tau lah apa yang difaxkan tu...umie just dapat tengok tandatangan pegawai pendaftar kelahiran dan Kematian Sarawak...
ingatkan pegawai yang xdapat nak menghadiri induksi ni sb masih berkabung sb kematian ahli keluarga ke..tp rupa-rupanya pegawai tu sendiri yang telah meninggal dunia....Innalillah...

umie memang terkejut sgt sb baru minggu sblm beliau meninggal...dia ada call umie nak tanya nama dia tersenarai ke x dalam induksi tu then umie dah mention nama dia memang dah tersenarai dan namanya adalah yang teratas sekali dalam senarai 46 peserta tu....

sampai ke saat ni..suaranya masih terngiang-ngiang lagi kat telinga umie ni...
umie dimaklumkan beliau mengidap penyakit jantung dan telah di admit ke Hospital Miri pada hari Rabu 31/3 dan telah meninggal dunia pada 4/4/2010...

pada hari dia meninggal ni umie pergi kursus ke IPN, Sabak Bernam..so sb tu lah umie xtau pun beliau telah tiada....sblm pergi berkursus tu umie dah poskan surat ke semua peserta termasuk beliau pada 2/4/2010..so pada hari ini 13/4/2010...barulah umie tau yang beliau telah meninggal dunia...

umie mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan segala amal perbuatan dan zariahnya selama 24 tahun di terima Allah....amin...





Share:

2 comments:

  1. Innalillahirojion.... Al-fatihah.

    ReplyDelete
  2. Alfatihah...manusia ini tidur, apabila datang kematian baharulah dia bangun, memulakan kehidupan yg sebenar...semoga rohnya dicucuri rahmat..Aamiin.

    ReplyDelete

meh la kongsi pendapat korang kat sini...