Menu

Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic

Monday, April 13, 2009

Resepi

salam semua...bersemangat rasa nak g kerja ri ni sb ada benda umie nak update dalam blog umie ni..almaklum la sblm ni xda idea nak update blog ni..hari ni umie nak kongsi pulak la resepi kat korang semua yang senang je nak buat nyer..tp sebelum ni umie pernah wat gak resepi ni tp penat la tangan nak uli..(uli apa tu...? hehehe...)
Meh umie nak bagi tau sikit resepinyer..tp sebelum tu nak cerita la sikit kejadian petang semalam..ptg semalam wan, afif, usop n rubi datang la bertandang ke rumah umie. umie ambik diaorg kat ofis sb hujan lebat sb diaorg x boleh nak bawa motor..
Petang semalam umie sediakan pizza buatan umie sendiri... senang je nak sediakan nya..sesiapa yang berminat nak mencuba tu boleh la ambik resepi umie ni..senang je nak buatnyer...

~~Pizza Umie~~ (bagi je la nama umie..hehehe)

500 gram tepung
1 sudu majerin daisy (apa2 majerin dan planta pun boleh)
1 sudu susu pekat manis
1 sudu gula
1 paket yis segera
air secukupnya

Cara membuatnya:

Gaul yis + tepung terlebih dahulu. Kemudian masuk kan majerin daisy, gaul sehingga rata. Kacau susu pekat + gula + air sehingga sebati dan kemudian masukkan ke dalam adunan tepung itu tadi. Uli tepung sehingga sebati sehingga tepung ringan dan lembut (kalu adunan terlalu lembik tambahkan tepung). Kemudian masukkan adunan tepung itu td kedalam loyang (bekas) sehingga adunan itu naik sendiri.

Topping pizza

1 paket daging kisar (ayam @ daging)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
cili kering (kisar bawang merah dan putih bersama cili kering)
2 ulas bawang merah(tumis)
serbuk kari
garam
minyak masak
air

Cara membuatnya:

Panas kan minyak masak .tumis bawang bersama bahan yang dikisar. masukkan daging kisar dan kacau sehingga masak..masukkan juga air supaya daging cepat masak.

Macam mana..senang je kan resepi umie...Selamat mencuba. Kalu dah try buat tu jgn lupa bagi tau umie k...





post signature

4 comments:

  1. hehehe..dah bis dah kak...insyaAllah lain kali kmk molah gik..tp mun time kitak molah jgn lupak sok kmk cerik rasanya..

    ReplyDelete
  2. kak umie dah ada kemajuan..kak sy akan buat makaroni bakar, akak buat pizza, kak ain buat kek..boleh laa buat party bujang..hahahahhaha,,,bujang ker???

    ReplyDelete
  3. hehehe..boleh boleh...insyaAllah..kalu ada rezeki, boleh la kita wat untuk makan2 kat ofis

    ReplyDelete

meh la kongsi pendapat korang kat sini...