Hari kedua di tahun baru 2024.
Tak tahu nak ckp mcm mana, excited nak masuk kerja jer sebenarnya, sebab 10 hari umie duduk rumah cuti bersambung cuti then hari ni masuk kerja semula
Umie sebenarnya ni jenis yang tak kisah pasal kerja, kadang-kadang kerja orang lain pun umie boleh tolong buat tapi bila jumpa orang yang berkira pasal kerja ni sangat lah menyampahhhh
"siapa nak buat kerja lebih kan?"
eh.. macam mana dia boleh cakap macam tu? Nampak sangat dia memang tak akan tolong orang lain buat kerja termasuklah kerja anak buah sendiri kot dia mungkin buat tak tahu jer sb tak nak overload kerja kalau dia buat kerja orang lain.
ni yang menyebabkan umie rasa menyampah sangat tau.
Ayat "siapa nak buat kerja lebih" ni buat umie rasa annoying sangat.
Umie buat kerja tu 1 tahun tak pernah pun mengeluh. Dari sblm ni pelulus nota minta then minta unit perolehan untuk down grade jadi peminta dah cukup baik tau. Sebab anak buah dialah umie terima dengan hati ikhlas nak buat benda tu selama 1 tahun tanpa penggiliran buat benda tu.
Tapi bila kerja tu dah dah serahkan pada anak buah dia, boleh pulak dia punya ayat cantik cakap macam tu.
Apa lagi memang umie bagi buah keras kat dia.
Selama 1 tahun umie buat tanpa penggiliran padahal, umie kat unit skrg ni bukan unit umie sendiri jer nak kena pantau tapi 1 seksyen hampir 50 org umie kena kejar HRMIS lah, nak cari nama org nak pergi kursuslah, settelakan LNPT org yang x buat lah. Cumanya umie tak pernah mengeluh kat depan diorg jer. Arahan dari semasa tu lagi byk dari kerja hakiki. Dia ingat umie boleh nak tepis macam tu jer kerja tu?
Rasa nak jawab macam ni jer.
"Eh saya okay jer sebab 1 tahun buat benda tu tanpa penggiliran"
Dah ada 2 orang nak buat tu kira okaylah tu, bukan setiap hari nak buat tapi 1 bulan 2 kali jer pun
Ermmm entri kali ni dah mcm tempat meluah perasaan pulak kan...hahahhaa. You all baca jerlah yer walau pun tak cakap apa-apa.
Jadi umie tak nak simpan sorang-sorang jadi kena luahkan jugak walaupun you all boleh baca tapi tak tahu siapa yang umie maksudkan.
kena letak gambar jugak sebab nanti dah publish jadi kosong sb xda gambar :)
From my own experience, karenah birokrasi, cara orang treat kita, cara kita bawa diri semuanya dipengaruhi oleh keadaan sekeliling kita.
Don't blame yourself bila sampai masanya you akan rasa nak marah, terlepas cakap, reply dengan cara yang kasar sb bagi umie yang jenis yang akan perhatikan jer dulu bila org buat sesuatu tapi sampai masanya memang akan meletup jugak
Jadi senyap-senyap umie ni ada hadnya, ada had sabarnya, ada had meletupnya juga. Yang penting kena pandai jaga diri. Jadi pada yang bukan duduk dalam kasut umie, just perhatikan sahaja sebab umie yang hadap benda tu.
Emosi kita pun kena jaga juga.. so kecilkan circle kawan-kawan supaya tak stress. Done.
Tags:
personal; luahan; stress