Assalamualaikum dan Selamat Petang
Lewat petang jer boleh nak update blog. Hari ni umie cuti then duduk rumah. Usai solat Subuh plan nak update blog tapi kepala rasa pening pulak. Baring then terus tertidur.
Bangun semula pukul 10 pagi tapi masih terbaring sebab kepala masih berat lagi rasanya pening tu.
Pukul 11 bangun dari katil sebab deringan bunyi whatsapp masuk rasa terganggu dengan urusan ofis yang tak pernah settle. Hari ni semua unit umie cuti dan kalau ikutkan CC umie kena diarahkan ke SPA tapi dia mc pulak lepas dapat injection sb masalah tulang belakangnya yang crack disebabkan kemalangan hari tu.
Hari ni nak masak tapi tak tahu nak masak apa then last-last makan jer la buah. Umie kalau tak makan nasi memang boleh turun berat. Tapi memandangkan husband umie memang suka makan nasi tulah sebabnya kena masak jugak. Kalau tak masak kesian pulak suami nak makan apa.
Hari ni last day untuk tahun 2018. Banyak kenangan di tahun 2018.
AZAM???
Memang dah tanam dah azam tapi ada yang tercapai dan tak tercapai dan ada yang sampai carry forward dari tahun sebelum ni sampai sekarang tak tercapai gak.
Azam paling setiap orang nak adalah nak kurus, nak kurangkan berat badan, nak dapat berat badan ideal.
Azam nak kurus ni memang pernah tanam kat dalam diri tapi sejak tahun 2018 umie tak nak dah simpan azam tu..ahahhaha
Sebab azam nak kurus ni bersambung-sambung dari tahun sebelum ni sampai bila-bila akan continue jer.
So, tahun 2019 ni azam nak kurus tu memang tak ada tapi alhamdulillah, walaupun tak ada azam nak kurus tapi berat badan turun tu still ada. Dari 3 angka (103kg) sekarang berat umie dah turun sikit (98.8kg). Walaupun hanya turun 4kg tapi still boleh maintain lagi. So umie akan usaha nak turun kan lagi. Nak try jugak IF (Intermitten Fasting) tapi usaha tu tak ada lagi. Nak kena banyak buat research dulu sebelum nak try IF ni. Nak faham konsep macam mana berat badan boleh turun kalau amalkan IF ni.
Cuma sekarang ni umie target nak berpuasa jer la dulu. Puasa ganti yang tak habis lagi tu. Hopefully boleh settlekan ganti puasa tu by 31 Januari 2019.
Selain azam nak berpuasa tu, umie nak tambah 1 lagi azam baru iaitu nak baiki tahap ekonomi umie. Nak konsisten balik Shaklee. Sekarang ni bukan tak konsisten tapi fokus tu jap ada kejap tak ada. Nak bina semula group shaklee yang kukuh dan nak bantu orang lain lebih sihat dan menambah pendapatan ekonomi orang lain yang nak buat bisnes shaklee.
kalau ada yang nak join shaklee dan ank ubah ekonomi korang, boleh jer contact umie. Kita buat bisnes santai jer. Umie pun ada kekangan kerja hakiki jugak. Masa di ofis fokus pada kerja ofis sahaja dan kalau ada masa terluang seperti waktu rehat tengahari, time balik kerja petang atau malam boleh la nak study balik pasal Shaklee.
Korang doakan tau moga hasrat murni umie ni dimakbulkan..aamiin.