KPSL sebulan lebih lagi...tp umie dah heboh dah ni...
tau x u all apa tu KPSL ni...?? KPSL adalah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan...ha...ada faham?
so bulan 5 ni umie nak exam KPSL 3 hari..ni 1st time nak p ambik exam ni..xda pengalaman lagi ni....tujuan exam ni adalah untuk melayakkan diri naik pangkat...sebagai contoh..umie sekarang ni gred N17..mungkin umie nak naik N27 ker..sb apanya.... umie ni ada Diploma dalam IT tp masalahnya...naik apply jawatan gred Penolong Pegawai ni susah beno ler hai...
tp alhamdulillah..umie bersyukur gak la dah dapat kerja sekarang ni daripada umie dok menganggur je kan.... umie dah 3 thn isi borang SPA 8 online nak try guna Diploma tp still blm ada jugak..surat terima permohonan tu ada tp masalahnya nak panggil temuduga pun xda...apa masalahnya yer...ada sesiapa yang arif tak dalam bidang ni? atau ada pegawai-pegawai dari SPA yang baik hati nak panggil umie temuduga ker...hehhehe...boleh x?
stp thn umie asyik tukar je jawatan yang umie nak...dah mcm2 jenis skim perkhidmatan dari A-Z..tp tak da jugak..ayat nak sedapkan hati..." mungkin blm ada rezeki kot"..sabar je lah...
bukannya apa...umie nak jugak dapat gred yang lebih tinggi dari sekarang... takkan kita nak duduk di takuk lama je kan...so...umie ambik la peluang yang ada ni...nak meningkatkan potensi diri ni...
pada 18-20 Mei 2010..bulan depan umie nak duduk exam KPSL ni....
so kat sini..umie nak tanya la kepada otai-otai yang dah byk kali pergi exam ni dan dah berjaya menjawab soalan-soalan exam ni untuk berkongsi ngan umie dan kepada rakan-rakan lain yang nak ambik exam gak...ada tak tips-tips nyer ker..? cara nak menjawabnya ker...? soalan yang kerap keluar ker? apa-apa je la yang berkaitan dan sama waktu dengan nya lah yer....
so..setakat ni je lah dulu yer...sementara kerja tengah xda ni...umie nak buka buku Pelembangaan dan Undang-Undang Am...baca la sikit nak menambah ilmu pengetahuan ni....

akk askar ke???
ReplyDeleteusagi: hehhehe...bukan..akak kerani..
ReplyDeletebetullah...takkan la asyik ditakuk lama je kan... Semoga terus berjaya Umie!
ReplyDeletemudah-mudahan boleh lepas dan naik pangkat yee..
ReplyDeleteumie dear, sory tak de ilmu nak dikongsi tetang kpsl ni...tapi nak berdoa semoga kesabaran umie berbayar kali ni..insyallah..
ReplyDeleteMiss Mirror a.k.a Sam :thanks miss mirror...hehhe
ReplyDeletewanes: amin..semoga berkat je semuanya...
ina:thanks ina....amin...umie tau..sometime..umie berfikir gak..kalu Tuhan x bagi umie anak sekali pun..biar benda lain jadi penggantinya... biar berkat segala usaha...
salam umie....
ReplyDeletesama lar cam sy nih pun ada dip tp keje taraf SPM...tp syukur Alhamdulillah drpd takder keje langsung...
umie dah ada buku ker utk KPSL ni...sy tgh mencari bahan rujukan lagi..dah cari kat kedai buku MPH dan popular...takder lak jual buku khas utk KPSL ni..PTK byk ler...
ni sedikit info utk exm ni yg sy dapat dari mana tak ingat dah
Peperiksaan ini mengandungi dua (2) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen seperti berikut :
BAHAGIAN I - PSIKOLOGI
Seksyen A - Sahsiah Diri
Seksyen B - Minat
BAHAGIAN II - KECENDERUNGAN
Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
BAHAGIAN I - PSIKOLOGI
Seksyen A - Sahsiah Diri
Calon dikehendaki menjawab soalan-soalan yang menyentuh sifat-sifat peribadi calon dalam aspek kepimpinan, komunikasi, toleransi, motivasi, kerjasama sepasukan, integriti, kemahiran berfikir dan kejujuran.
Masa : 30 minit
Bilangan Soalan : 40 (aneka pilihan)
Seksyen B - Minat
Calon akan dinilai melalui soalan-soalan yang menjurus kepada minat dan kecenderungan berkaitan bidang tugas.
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60 (aneka pilihan)
BAHAGIAN II - KECENDERUNGAN
Seksyen A – Pengetahuan Am
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon memperlengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai perkara-perkara yang berlaku di dunia sekeliling amnya dan Malaysia khasnya. Calon adalah dikehendaki memiliki pengetahuan umum mengenai pemerintahan Malaysia dari segi politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi serta lain-lain perkembangan di seluruh dunia yang ada kena mengena dengan Malaysia. Oleh kerana perkara ini adalah umum maka tidak ada buku-buku teks tertentu yang ditetapkan untuk dibaca. Soalan-soalan akan difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya STPM. Calon-calon yang biasa mengikuti perkembangan dunia melalui media massa akan mudah menjawab soalan ini.
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 50
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Tujuan seksyen ini adalah menguji daya menyelesaikan masalah yang ada pada calon dengan menggunakan:
(i) Pemikiran Logik
(ii) Interpretasi Data; dan
(iii) Konsep-konsep Matematik yang mudah
(i) Penyelesaian Masalah Menggunakan Pemikiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan aptitud logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenalpasti jawapan yang salah.
(ii) Kebolehan Menginterpretasi Data
Calon dikehendaki menyelesaikan permasalahan yang disediakan dalam bentuk, perangkaan melalui analisa ke atas graf, jadual dan sebagainya.
(iii) Penyelesaian Masalah dengan menggunakan Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan adalah berdasarkan sukatan peperiksaan tidak melebihi Tingkatan 5 (SPM) misalnya penggunaan algebra dan geometri. Jika ada calon-calon yang berkelulusan matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna mereka mudah menjawab berbanding calon-calon lain kerana bukan hanya memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik tetapi juga daya penyelesaian logik.
Masa : 50 minit
Bilangan Soalan : 60 soalan
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Tujuan seksyen ini adalah menguji penguasaan bahasa dan penulisan calon-calon dalam aspek penganalisaan masalah yang dikemukakan melalui kejelasan (clarity) dan kemantangan pengolahan idea. Di dalam Seksyen ini calon-calon akan diberi tajuk yang menggalakkan mereka untuk memberi pandangan dan pemikiran terhadap sesuatu masalah. Di dalam seksyen ini calon hendaklah memberikan pendapat-pendapat dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 Jam
Panjang Esei : Tidak Kurang 500 perkataan
kalo ada apa2 info leh lar kiter berkonsi...heheh..goodluck
mummy: thanks 4 the inform...mummy ni dah lama ker berkhidmat...? dah byk kali ambik kpsl ker? kerja mana?
ReplyDeletesori ler umie...info tadi tu kurang tepat bg exam yg kiter nak amik ni..tadi sy dah jupe member yg amik kpsl thn lepas...sy dah keje 6 thn kat BPP putrajaya ..tp n 1st time nak amik KPSL...td search ttg kpsl dlm google then jupe blog awak....
ReplyDeleteBAHAGIAN I – PERINTAH AM, ARAHAN PERBENDAHARAAN
DAN TATACARA PENGURUSAN STOR
Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
A. Perintah Am
i) Bab A – Lantikan dan Kenaikan Pangkat
ii) Bab B – Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan
iii) Bab C – Cuti
iv) Bab E – Rumah dan Pembangunan Pejabat
v) Bab F – Perubatan
vi) Bab G – Waktu Bekerja dan Lebih Masa
vii) Akta Badan-badan Berkanun
(Tatatertib dan Surcaj 2000)
viii) Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib, 1993
xii) Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat, 1986
B. Arahan Perbendaharaan
i) Acara Kewangan
ii) Acara pengakaunan
iii) Odit, Kehilangan dan Acara Hapus Kira
C. Tatacara Pengurusan Stor
i) Bab 1 – Am
ii) Bab 2 – Dokumentasi Untuk Pemesanan dan Pengeluaran Barang- barang
iii) Bab 3 – Membungkus Dan Menghantar Barang-barang Stor
iv) Bab 4 – Tanda Pengenalan Bungkusan
v) Bab 5 – Penerimaan Barang-barang
vi) Bab 6 – Tuntutan
vii) Bab 7 – Sistem Merekod Barang-Barang
viii) Bab 8 – Kawalan Stok
ix) Bab 9 – Sistem Penyimpanan Stok
x) Bab 10 - Barang-barang Terhad Tempoh Penggunaan
xi) Bab 11 - Penstoran Bahan-bahan Kimia Dan Barang-barang Mudah Terbakar
xii) Bab 12 - Verifikasi Stok
xiii) Bab 13 - Pengiraan Stok
xiv) Bab 14 - Pelupusan Barang-barang
xv) Bab 15 - Kawalan Barang-barang Terluak
xvi) Bab 16 - Sistem Perakaunan
D. Pekeliling Perkhidmatan / Surat Pekeliling Perkhidmatan
E. Pekeliling Perbendaharaan / Surat Pekeliling Perbendaharaan
Soalan : 8 jawab 5 (Esei)
Masa : 3 jam
Calon-calon dibenarkan merujuk kepada perintah Am, Arahan perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor semasa peperiksaan.
BAHAGIAN II – PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT, ARAHAN KESELAMATAN
DAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM
Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
A. Panduan Pengurusan Pejabat
i) Bab 1 – Jabatan Dan Orang Ramai
ii) Bab 2 – Perkara-perkara Perkhidmatan
iii) Bab 3 – Surat menyurat
iv) Bab 4 – Fail memail
v) Bab 5 – Memelihara dan Menyimpan Rekod-rekod Kerajaan
vi) Bab 6 – Kemudahan-kemudahan Perhubungan
vii) Bab 7 – Kelengkapan Pejabat
viii) Bab 8 – Lain-lain Perkara Jabatan
B. Arahan Keselamatan
i) Pendahuluan, Ancaman Dan Tanggungjawab
ii) Keselamatan Fizikal
iii) Keselamatan Dokumen
iv) Keselamatan Peribadi
C. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
• Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam bermula dari tahun 1991 hingga sekarang.
Soalan : 8 jawab 5 (Esei)
Masa : 3 jam
Calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan keselamatan dan Pekeliling–pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang berkenaan semasa peperiksaan.
BAHAGIAN III – UNDANG-UNDANG UMUM
Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
i) Perlembagaan Malaysia Bahagian III, IV dan VI
ii) Akta pencen (1980) dan Peraturan-peraturan Pencen 1980
iii) Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Soalan : 6 jawab 4 (Esei)
Masa : 2 jam
Calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada Perlembagaan dan Undang-undang/Akta-akta yang berkenaan semasa peperiksaaan.
mummy: BPP tu singkatan utk apa ek? umie kerja kat SPRM...umie pun 1st time gak nak ambik exam ni...thanks 4 that info.
ReplyDeletesama la kita... ada dip IT tapi N17 jer..tapi Alhamdulillah la kita ade keja tetap... gomen plak tu..hi..hi... eyza pernah ambik KPSL tahun lepas... soalan dia x de la susah sgt tapi macam pening sikit la sbb masa x cukup.... tahun ni eyza x isi pun nak ambik exam.... tahun depan la pg... sbb kitaorg bergilir2..... x leh biar opis kosong.....
ReplyDeletePermohonan Exam KPSL N27 sudah dibuka....
ReplyDeleteSiapa yang nak kompilasi past year soalan + jawapan dari thn 1995-2012
(bah a,b & c) can pm / email me premidharma@yahoo.com