Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Buat apa hari ni?

Umie seperti biasa memang akan duduk rumah jer. Biasanya Sabtu atau Ahad umie akan keluar seawal 8.00 pagi nak beli barang dapur sebab pagi-pagi macam ni memang ada mall yang buka terutamanya di Cyberjaya ni. Malakat Mall namanya memang buka awal pagi. Barang basah seperti sayur, ikan, udang dan sotong memang fresh lagi

Pendemik ni ramai dan bisnes terpaksa ditutup terutamanya bisnes yang produknya bukan customer cari setiap hari, setiap minggua tau setiap bulan tapi jarang-jarang contohnya macam perabot, pakaian dan banyak lagi. Banyak kedai-kedai tutup dan tak boleh nak beroperasi time ni.

Jadi umie nak share pada you all pada yang baru nak berjinak dengan bisnes atau nak try bidang lain selain bisnes sedia ada untuk you all boleh cuba jual time ni.







Keti-tiga produk ni memang dapat sambutan terutama sekali kalau melibatkan bisnes makanan dan minuman. Yang penting apa yang kita jual tu menepati citarasa pelanggan dan bukan masak masakan seperti kita baru nak belajar masak..heheheh

Kemudian, bisnes yang melibatkan produk kesihatan. Cari bisnes yang dah stabil dan memang dah wujud lama dalam pasaran dan bukan propduk yang baru buat dibelakang rumah. Produk yang banyak feedback dan testimoni pengguna yang ramai dan kita sendiri yang makan dan amalkan.

Yang ke 3 ni pulak produk kosmetik. Memang ada yang cari produk ni walaupun time pendemik ni sebab ada sesetegnah orang yang dia rasa yakin dan lebih yakin untuk bermake-up di rumah walaupun tak keluar rumah..hehehe. 

Macam umie, umie lebih kepada produk kesihatan memandangkan umie dah mengamalkan produk ni 8 tahun umie sendiri pun jual produk ni. Pada siapa-siapa yang berminat nak cuba produk yang umie jual ni boleh jer whatsapp umie 0134215713 dan ramai dah yang amalkannya.

Jadi kalau nak buat bisnes boleh pertimbangkan 3 jenis produk ni untuk you all start bisnes.