Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu you all

Hujung minggu ni you all masak apa?

Tengahari ni umie plan nak keluar beli barang dan sementara tu umie nak share dulu resepi Basque Burnt Cheesecake ni. Umie dah beberapa kali buat dah guna resepi ni dan memang menjadi jer then kali ni umie nak sharekan resepi cheesecake yang mudah ni

Cheesecake ni umie buat hujung bulan lepas dan seperti biasa umie buat photoshoot sendiri kat rumah untuk kenangan dan koleksi phopbyumie



Bahan-bahan:

225gm cream cheese
70 gram gula castor
1 biji kuning telur
2 biji telur
1 sudu makan tepung kek
Esen vanila
115 gm whipping cream

Cara-cara:

Satukan cream cheese dan juga gula, gaul sebati (umie guna mixer)
Kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung kek. Kacau rata
Ayakkan tepung kek dan kacau rata
Masukkan adunan ke dalam loyang bvulat 6 inci
Bakar suhu 200 selama 50 minit (bergantung pada oven masing-masing)
Sejukkan dan sedia dihidang

Untuk hiasannya boleh juga letak nutella dan badam

Resepi asal dari Seminit Resepi