Alasan, semua orang boleh buat termasuklah umie.

Hari ni qoute ni husband umie whatsapp pada umie dan tanya mana dapat ayat ni then dia share satu link dari mstar mengenai usahawan muda yang bermodalkan RM30 untuk buat bisnes dan sekarang menjadi usahawan berjaya

Semua orang boleh buat dan yang penting usaha kena ada. Cabaran, dugaan semua orang alami tapi cara kita terima cabaran dan dugaan itu berbeza.

Ada sesetengah orang, bila ditimpa dugaan dan cabaran bagai satu cabaran itu sebesar alam semesta dan ada yang rasa dugaan dan cabaran yang dihadapinya itu sekecil zarah. Itulah pandangan masing-masing apabila menerima dugaan dan cabaran dan hidup. Cara kita menyelesaikannya berbeza dengan cara orang lain.

Kita semua ada masa 24 jam sehari tidak lebih dan tidak kurang melainkan kalau kita ditarik nyawa ketika itu maka tak sampailah 24 jam. Adakah Umie gunakan masa 24 jam tersebut dengan sesuatu yang berfaedah? Berapa jam untuk tidur, main game dan termenung?

Kita sering beri alasan kata tak ada masa, tak ada masa untuk itu dan tak ada masa untuk ini. Padahal kita yang manage masa kita sendiri.

Bila kita rasa kita selesa, tak perlu nak bersusah payah untuk berusaha nak dapatkan sesuatu, pernah kah terfikir yang kita buat itu untuk orang lain? Sebagai contoh, kenapa Umie nak buat bisnes sedangkan gaji hakiki tiap-tiap bulan dapat tak pernah terlewat pun setiap bulan. Makan pakai semua cukup. Tak ada keluarga nak disara termasuklah tak ada anak nak dibelanjakan untuk susu dan pampers setiap bulan. Duit dah cukup dan cukup juga untuk menabung.

Sebenanrnya umie buat bisnes adalah bukan untuk diri umie sendiri tetapi umie fikirkan kebajikan orang lain. Walaupun husband umie kekerja seperti umie tapi umie kena buat sesuatu supaya umie boleh bantu orang lain. Duit bisnes umie boleh buat tabungan untuk masa kecemasan. Dengan duit tu umie boleh balik bila-bila masa ke kampung dan tak perlu tunggu hujung bulan untuk nak cukupkan duit beli tiket kapal terbang dan pengangkutan lain. Kalau adik- beradik umie ada masalah kewangan umie still boleh bantu. Tak dapat tolong banyak dan dapat tolong sikit ringankan beban diorg pun dah syukur.

Kita boleh cipta alasan apa sekali pun sebab kita tak nak buat perkara tu sedangkan benda tu bukan memudaratkan pun. Ya, umie faham. Masing-masing ada kekangan dalam nak buat sesuatu. Bila kita dah tak ada passion nak buat sesuatu, kita akan cari alasan untuk mengelak.

Tapi bila kita dah buang 'benda' iaitu ALASAN tu jauh-jauh dari hidup kita, kita dah tak perlukan Alasan untuk berjaya buat sesuatu. Bila kita tak nak buat sesuatu kita akan cari Alasan.