Assalamualaikum dan selamat malam semua

Umie dah dapat dah 1st dose vaksin pada 16 Julai 2021(Jumaat) di Putrajaya. Umie dapat vaksin Pfizer. Sebelum ni umie tak ambik tahu pun pasal apa-apa jenis vaksin yang umie dapat then pada hari kejadian barulah umie tau dapat vaksin Pfizer

Sebenarnya, umie tak ambik tahu pun apa kesan pada ivdividu tu lepas di vaksin dan umie memang tak ambik tahu dan sebab nak fikir positif jer

Masa hari kejadian atau selepas kena cucuk tu memang terus kena lenguh bahu dari lengan hingga ke tengkuk umie sakit. Pada keesokan harinya dah semakin kurang sakitnya dan pada hari hari Ahda totally dah hilang sakit tapi ingatkan panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari.

Pada hari 23hb Jumaat seminggu selepas vaksin, umie terasa lagi lenguh dari lengan sehingga ke tengkuk sampaikan ada rasa lump di bawah lengan rasa sakit dan kurang selesa. Alhamdulillah, sekarang dah okay.




Umie dah lebih dari 2 tahun solat duduk sebab lutut umie ngilu.
Then 30hb Jumaat.. minggu ke 2 lepas vaksin, umie tengah tahan sakit urat tepi lutut pulak ni. Sampaikan nak angkat kaki pun sakit dan rasa macam nak tahan nafas bila nak gerakkan kaki ni.

Umie pun tak tahu nak kata apa, adakah itu adalah kesan dari vaksin tu? Sebab memang ada jugak yang umie dengar sampai ada kawan yang terbaring selama 2 hari tak boleh nak bangun, demam kesan dari cucuk vaksin tu.

Jadi umie redha jerlah. 6 Ogos ni pulak 2nd dose vaksin. Hopefully time tu badan bertambah sihat. umie ni nak berjalan pun payah jugak ni. Harap sakit lulut ni akan hilang esok hari. You all doakanlah moga umie diberikan kesembuhan dengan cepat..aamiin