Follower

Menu

Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, January 28, 2009

Kawan


Cuti-Cuti


hai..dah seminggu umie x update blog ni..22/1 ri tu umie cuti nak uruskan borang kebenaran nikah kat batu pahat untuk bakal suami umie..nasib baikla semuanya dah selesai..alhamdulillah. Sepanjang hari Jumaat tu memang rushing la nak siapkan semuanya...lagi pun xlama lagi umie nak kahwin..kad jemputan pun x tempah lagi...Binggung gak ni..dah la umie jauh dari keluarga..semua perkara nak kena buat sendiri. Dah selesai semuanya umie boleh la ronda-ronda batu pahat. umie pergi air hitam, BP mall dan byk lagi la umie pegi..seharian dok dalam kete je...sampai naik pening dah kepala umie...malamnya pulak dok rumah je..senaraikan nama jemputan yang nak datang ke majlis umie nanti..

umie kelaparan..makan kat Chicken Rice Shop kat BP Mall

Thursday, January 15, 2009

NoT FeEliNg wElL


I'm not feeling well today..ingatkan pagi td nak mc jer sb umie xlarat la hari ni.. selsema..kepala pun pening nie..dah la ri ni byk kerja nak kena buat. Ni pun saje-saje nak wat kat blog ni..anyway..hope la esok baik la demam umie ni..kalu xbaik gak..terpaksala umie ambik mc utk sok hari...

demam..

Wednesday, January 14, 2009

sedihnyer..




serabut betul umie hari ni..dahla pagi td bangun lambat..nasib baik la sampai ofis 7.21 pgi..yang sedihnyer, spek mata umie dah pecah sb jatuh pagi td..frust betul la hari ni..umie baru jer pakai spek tu 5 bulan. Beli time hujung bulan 8/2008. Apa boleh buat.. Tengahari td umie kuar jap nak pegi alamanda. Ingatkan nak beli la contct len..then tauke kedai tu ckp umie tak boleh nak pakai yang biasa. Kena pakai contact len anti silau. Kena tempah then selepas 3 hari baru boleh ambil. Umie dah puas berfikir so...umie ingat nak wat spek baru jer la..Mb pakai frame yang sama just cermin tu jer yang tukar..



spek kesayanganku...

umie pakai spek tahun 2007







Monday, January 12, 2009

ermmmm..sedapnyer...

Hari Ahad tu umie g jalan-jalan ngan housemate umie. Kitaorang jalan-jalan la ke Alamanda, Putrajaya. Dekat jer..tambang bas pun Rm0.50 je. Dah boring dok rumah. Perut pun rasa lapar la pulak. Biasanya kitaorg makan kat MCD. Memandangkan sekarang ni MCD dah kena boikot so..kitaorg tukar selera la pulak makan kat Burger King..Sedap gak la burgernya. Umie makan Chicken Grilled..Sedap..tp gambar burgernye xda la sb dah lapar..makan je la..hehe




Semua kedai kat Alamanda kitaorg masuk..Memandangkan dah penat..esoknya pulak nak kerja so..sebelum balik kitaorg singgah la pulak kat Big Apple Donuts & Coffee. Nasib baik la product ni x kena boikot gak..kalu x kempunan nak makan donutnye yang sedap hingga menjilat jari. Umie paling suka 'The Alien". Coklatnya memang sedap la..1st time makan donut ni time umie outstation di Kuching. Umie ngan cousin umie then dia punya pakwe pegi la The Spring. Shopping komplek ni dekat je ngan Bangunan Kerajaan. Kalu sesiapa nak g makan kat situ time lunch pun dekat je. Memang sedap la donutnye mengalahkan Dunkin' Donuts. Meh la try..x rugi. Sesiapa yang suka coklat tu..try la 'The Allien", pasti nak lagi...



Big Apple Donuts & Coffee

Coklat tu The Alien then kacang tu Go Nutz

Wednesday, January 07, 2009

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

wajah-wajah jurulatih PLKN Kem Bukit Saban Betong, Sarawak
Kumpulan 2 Siri 3 Tahun 2004

Jurulatih wanita


umie, frank, hamka, sabrina dan juju



Dah 2 1/2 tahun umie tinggalkan PLKN. Rindu rasanya nak deliver lagi..apa boleh buat..alhamdulillah, umie bersyukur gak dapat kerja ni..Time kerja PLKN dulu pun best gak gaji RM80 sehari, makan minum, tempat tinggal semuanya free...dalam 1 bulan dapat la rm2000++. Memang berbaloi la ngan kerjanya menjaga pelatih/student yang sungguh memenatkan. Sungguhpun umie just mengajar subjek utk dalam kelas tp aktiviti luar pun umie ikut sekali seperti berkanu, jungle tracking dan aktiviti lasak yang lain.. Masa umie masih jd jurulatih PLKN, umie mengajar subjek Pembinaan Karakter, Khidmat Komuniti dan Kenegaraan..Umie paling minat subjek Pembinaan Karakter tp ramai pelatih x minat subjek tu sebab diaorg kata memboringkan tp last2 subjek tu nak bis baru la diaorg minat..
CIKGU..panggilan yang umie paling suka..Dulu umie bercita-cita nak jd cikgu tp x berkesempaian mungkin sb mak umie tak izinkan umie jadi cikgu sb pengalaman kakak jd cikgu yang jarang dok rumah sb jd warden asrama. Tp alhamdulillah..time kerja PLKN umie sempat gak merasa dipanggil cikgu oleh pelatih.













Monday, January 05, 2009

YEAR 2009

Welcome 2009...
Ni la 1st time nak update blog dalam tahun 2009 ni..umie start bercuti dari 25/12/2008 sehingga la 3/1/2009 baru balik dari sarawak. Nak prepare utk majlis pernikahan umie bulan 3 ni.. Hope berjalan la lancar majlisnya nanti..Jumpa mak andam dan jurugambar utk booking supaya diaorg dapat prepare utk majlis tu. Umie dapat rasakan tahun ni tahun yang amat mencabar..status pun akan bertukar dari "cik" ke "puan". So tanggungjawab pun makin bertambah...
Tema warna untuk majlis umie nanti warna pink..bilik tidur, perkakas dalam bilik semua umie dah siapkan dan dah catkan warna pink.. i like pink colour..so sweet..sometime warna pink menunjukkan peminat warna tu x matang...i don`t care..coz i like pink..bagi umie..pink just a colour..sama juga mcm umur..just a number..
Anyway..tahun baru ni..umie dah tanam banyak azam dan ready dengan kemungkinan yang berlaku..who care..??? but..umie still umie..umie still org yang sama xkan berubah oleh orang lain melainkan diri sendiri yang ingin mengubahnya...Hope that tahun ni umie dapat capai azam umie not only good 4 me..but utk org lain jugak...Rasanya belum lagi terlambat umie nak wish
"Happy New Year 2009"