Trip to Miri

Bismillah...

Dah lama rasanya umie x g berjalan-jalan...umie dan mr. hubby ada program besar tahun depan..insyaAllah..we all nak g somewhere yang umie teringin nak pegi...Diharap..Allah permudahkanlah jalan bagi umie dan mr. hubby..
so..untuk n3 ni..umie nak cerita sikit pasal trip umie ke Miri...time ni umie dah kerja di Putrajaya awal tahun 2007 then umie bawa seorang kawan umie iaitu Wan Rubiah a.k.a Rubi...dia teringin sangat nak ke sarawak so umie bawa la dia sekali memandangkan tiket time tu murah je....RM169.00 pergi-balik..umie wat trip 3 hari 2 malam..


1st...umie dan rubi g melawat mini zoo miri...ni la 1st time umie masuk zoo...tinggal kat Putrajaya ni dah 3 thn pun umie x pernah pegi lagi zoo negara tu..hehhehe


kalu nak tau...Miri ni dikenali dengan kuda laut ni..mana-mana kita pergi kat bandar Miri ni mesti jumpa kuda laut ni...


ni muka tengah terkejut...takut kang binatang tu kat belakang umie..maunyer nak menjerit....mcm2 ada kat zoo ni...kalu nak tengok buaya secara live pun boleh...time umie sampai tu diaorg tengah bagi makan buaya...takut oooo....tp gambar buayanya umie ada ambik tp cd gambar tu pulak xtau umie letak mana....


ni pulak time umie g "The Grand Old Lady" bukan lady yang tengah duduk tu yer..hehhehe..kat sini la tempat org gali minyak dulu...


ni pulak permandangan dari atas bukit tu...seronok sgt.dapat tengok 1 bandar Miri


ha..tengok la patung ni...mula2 takut gak nak bergambar kat patung ni sb mcm hidup je...tp beranikan je la....


kat sini ada sebuah Muzium Petroleum. Kita boleh tengok la apa yang berkaitan dengan Petroleum dalam muzium ni....


Last day kat sana...umie sempat lagi singgah di Kem PLKN Sg. Rait, Miri di mana umie pernah berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN sblm ni...so sweet..byk sgt kenangan walaupun umie berkhidmat selama sebulan sblm umie bertukar ke Kem PLKN Bukit Saban, Betong, Sri Aman..
Byk sebenarnya tempat yang umie dah pergi..kalu kat Semenanjung ni..semua negeri umie dah pegi..dari utara ke selatan...dari timur ke barat...cuma sabah dan labuan umie x g lagi..tu next destination umie nak g lepas ni...niar semua negeri umie habis jelajah lepas ni dalam masa 4 tahun tinggal di semenanjung ni....so..tunggu jerla..next trip umie k...




nota kaki: u all perasan x..time ni umie boleh kira kurus sikit..sb baru je kerja kat Putrajaya ni then baru je balik dari Kem PLKN...aktiviti senam memang x tinggal..umie suka wat senaman tepuk lalat a.k.a lompat bintang...boleh maintain berat lagi...time ni berat 70kg lagi...tp dah 3 thn kerja kat Putrajaya ni jgn sebut la brapa beratnya..tengok badan dulu dan sekarang boleh agak dah beratnya...hahhaha

Image Hosted by ImageShack.us

2 Comments

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

  1. lea: aok..sblm kawin..time baru setengah tahun tinggal di putrajaya...hahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post